Angkatan Tentera Malaysia

Salam semua,

Kita telah dikejutkan dengan laporan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi menteri pertahanan mengenai penyertaan bukan bumiputra amat kurang dalam masa 2 tahun ini yang hanya 104 orang sahaja.

Jika diamati trend pencari kerja dikalangan bukan bumiputera terutama kaum Cina, didapati mereka lebih gemar untuk memohon jawatan yang bersifat eksekutif dan tidak berminat untuk memohon jawatan yang lebih rendah di dalam sektor awam. Perkara ini telah banyak berlaku di sektor swasta. Sebagai contohnya, lihat sektor perkilangan, berapa kerat diantara mereka yang sanggup untuk bekerja sebagai operator? Boleh dikira dengan jari. Kebanyakan mereka lebih suka diserapkan sebagai penyelia ke atas.

Berbalik kepada isu kurang penyertaan kaum bukan bumiputera di dalam angkatan tentera malaysia, untuk menyertainya, mereka hendaklah bersedia untuk menjawat jawatan yang lebih rendah seperti prebet dari terus mengharap ke jawatan yang lebih tinggi. Seperti kaum bumiputera, tidak semua dari mereka yang memiliki segulung ijazah dan mungkin hanya sekadar berkelulusan SPM sahaja. Namun mereka yang berkelulusan rendah ini lebih suka untuk berniaga atau bekerja bersama kaum sendiri. Mungkin faktor keselesaan dan merasa diri selamat apabila berbuat demikian.

Integrasi diantara kaum mungkin masih belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana beberapa faktor seperti prasangka sesama kaum, sistem pendidikan yang tidak bersepadu (satu aliran), semangat patriotik tidak dipupuk dari bangku persekolahan..(walaupun lagu negaraku dinyanyikan, adakah bendera Malaysia diletakkan di dalam setiap kelas?) dan ketidak seimbangan ekonomi di antara kaum.

Oleh itu, untuk mewujudkan semangat patriotik dikalangan kaum bukan bumiputera, kaedah yang bersepadu dan radikal perlu diusahakan bagi mereka lebih mengenal dan sayang kepada tanah air dari hanya sekadar sayang kepada kaum, wang dan kekayaan.

Wallahualam..

One Response to “Angkatan Tentera Malaysia”

  1. Tentera Darat India mempunyai rejimen-rejimen yang berasaskan etnik. Rejimen-rejimen itu ialah Rajput, Jat, Sikh Light Rifles, Dogra dan sebagainya. Jeneral VK Singh yang mengetuai Tentera Darat India sekarang berbangsa Rajput. Dia pernah berkhidmat dalam Bn 2 Rejimen Rajput. Rejimen Jat dianggotai oleh etnik Jat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: