Akidah

 

Dipetik dari www.sabah.edu.my

AKIDAH

1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. MAKSUD IMAN
– DARI SEGI BAHASA : percaya
– DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
– membentuk insan muslim sejati
– supaya istiqamah dalam ibadat
– melahirkan generasi berakhlak mulia

3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

SYIRIK
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya

JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
– Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan
– Contoh :
menyembah patung dan berhala
menyembah bulan atau matahari
mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

– Akibat : rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2. Syirik Khafi
– Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
– Contoh :
riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
ujub (mengagumi diri sendiri),
takbur (membangga diri)

-Akibat :
dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
· Ia membatalkan iman seseorang
· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
· Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik
· Membatalkan iman
· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
· Dimurkai Allah

KUFUR
· MAKSUD : tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

JENIS-JENIS KUFUR :

1. Kufur Hakikat :
– Maksud : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
– Contoh :
tidak mengakui balasan diakhirat
menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
menyatakan solat fardhu merugikan masa
menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

2. Kufur Nikmat :
– Maksud :
mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
– Contoh :
menggunakan nikmat kejalan maksiat
enggan mengeluarkan zakat / sedekah
boros membelanjakan harta

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
– pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
– terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
– kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

RIDDAH
· MAKSUD : berpaling atau keluar daripada agama islam

SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
– Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
– Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
– Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
– lemah pegangan agama
– jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
– terpengaruh dengan tawaran kebendaan

AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
– hubungan suami isteri terfasakh
– haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
– haram dikebumikan diperkuburan Islam
– menjadi penghuni neraka selama-selamanya

CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
– memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
– memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
– pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
– menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
– sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
– memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
– mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
– menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
– berpegang teguh dengan ajaran islam
– menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
– mendalami ilmu-ilmu agama

LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
– memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
– memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
– mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

KHURAFAT
MAKSUD
– Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
– mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
– mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
– membuang ancak bagi menghalau hantu
– mengunjungi kubur yang dianggap keramat

FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
– iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
– terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
– ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
– menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
– mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
– mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
– menyebabkan syirik dan batal iman
– membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
– menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

SIHIR
· MAKSUD
– ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

CONTOH
– menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
– mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
– pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
– perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
– iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
– ada perasaan benci terhadap seseorang

CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
– mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
– menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
– tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
– merosakkan akidah dan membatalkan iman
– memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
– hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
– supaya akidah seseorang tetap terpelihara
– supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
– supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
– membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
– membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
– banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

NIFAK
MAKSUD
– Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
– berdusta apabila bercakap
– khianat apabila diberi amanah
– bersikap melampaui batas apabila bertengkar
– selalu mungkir janji

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
– meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
– bercakap benar apabila berbicara
– bersifat jujur dan amanah
– menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
– menghilangkan sikap percaya-mempercayai
– melemahkan perpaduan masyarakat
– menghancurkan kekuatan umat islam

4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
· Berpegang teguh pada ajaran Allah
· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
· Dilaknat dan dibenci oleh Allah
· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA

ORANG FASIK
· Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
· Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah

ORANG MUNAFIK
· Keimanan mereka berpura-pura sahaja
· Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah

ORANG YANG SEMPURNA IMAN
· Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
· Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
· Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: