Sirah Duka Anak Melayu

(Credit to Bogbong…whoever you are..)

Sirah Duka Anak Melayu

Sinopsis

Asal Melayu itu
Dari dua jalur leluhur nenda
Turunan aman Borneo dan Kambuja (Padang Steppes)
Bercampur berbaur
Melahirkan Khmer (Angika/Angkor) dan Champa (Kemboja)

Setelah mereka didesak
Turun zuriatnya ke selatan
Dalam empat generasi berlainan
Funan, Chen La, Khmer dan Champa

Turun Ke Selatan
Dalam Perjalanan panjang
Bersemenda dengan anak negeri
Di Chaiya, Chih Tu, Kan To Li,
Ligor, Singgora, Langkasuka
Lalu berkembanglah menjadi
Melayu Patani, Kelantan, Trengganu, Kedah dan Pahang

Putera Funan
Membuka negeri di Sumatera, di sungai Batang Hari
Menyatu Dua Keluarga
Diantara Tri Buana (turunan Champa) dan Lebar Daun
Melalui Wan Empok dan Wan Malini
Berkembanglah Melayu Jambi, Palembang, dan Semenanjung

Mudik kembali ke Borneo
Yang Kalimantan menjadi Sambas,
Lagi utara menjadi Brunei

Dibawah naung Kerajaan Melayu
Kemudiannya ditakluk SriVijaya
Dizaman kemuncaknya
Supremo Tentera Laut tiada tandingnya
Di Selatan Khatulistiwa
Dari Madagaskar ke Marianas

Jalur Borneo

Asal Jalur Borneo ini tak banyak diketahui tentangnya
Barangkali kerana tak punya tulisan

Tapi sejarah tak berbohong

Separuh dari Melayu Asal Cham Melayu Polynesia
Berasal dari Borneo
Menempat di Champa sebelum alaf pertama sebelum masihi (1000 sm)
Waris Budaya Sa Hyunh
Yang se zaman dengan Don Son
Pandai mengguna besi
Sedang pesaing sezaman masih bergangsa

Mahir dalam seni permata, zamrud dan pualam
Hasil seni tangannya masih ditemui di Thailand, Taiwan dan Filipina

Lin Yi (kemudian membentuk Funan)Negara pertama
Lahir dari pemberontakan terhadap China Han
Pada tahun 192
Pernah meneyerang Vietnam dan Selatan China
Asalnya berbudaya kecinaan
Tapi mendakap budaya keindiaan
Selepas menakluk jajahan Funan diabad 4
Bagian Funan ditakluk tidak diseksa
Melainkan dipeluk dengan ramahnya

Di waktu datanglah warga Kambuja
Beripar berbesan duai semenda
Antara Kambuja dan Borneo
Lahirlah Melayu Cham
Dengan kerajaannya Champa
Menjadi tempat dagang santeri
Dari Arab, India dan Parsi

Entah apa gerangannya
Bangkali ada bentrokan besar
Puak lain meninggalkan Borneo juga
Menubuhkan Dinasti Di Madagaskar
Juga seawal abad pertama
Kini dipanggil bangsa Merina
Walaupun bernegeri disana
Kampong laman dirindu amat
Tanah tinggi Madagaskar lalu dinama
Tanah antara seribu
Kini jadi Antannarivo

Bahasanya juga asasnya Melayu
90% sama bahasa Maanyan
Lembah Sungai Barito, Borneo Selatan

Satu dikata isa, Dua dikata roa
Sepuluh pulak fulo,
Ribu dikata rivo
Burung , Vorona
Bulan adalah Wulana
Tahi pula dikata tayy

Jalur Kambuja

Turunan sakat Indo-Irani ini
Marga Kambuja
Terkenal sebagai pedagang kuda
Yang berasal dari Pamir dan Badakshan
Mala Uirr ke Selatan
Membentuk koloni ditengah Afghan
Bersuku dengan Sakas, Pahlavas, Yavanas dan Paradas
Menyatu dalam Panca Ganah kelas Khastriya
Menyebar ke Sindhu, Sauvira, Punjab, Rajashtan dan Gujerat
Mengungsi ke Sailan,
Singgah berdagang di Jawa dan Suvarnabhumi,
Berbaur dengan marga Borneo tempatan
Berabad kemudian
tumbuhlah kerajaan
Berdarah Mala Uirr (Melayu)….. Ligor ,Langkasuka, Fatani dan Kataha

Mula berkuasa di Funan disekitar Ton Le Sap
(Tasik Pauh Janggi dalam Hikayat Inderaputra dan Mak Yong)
Dulu ibu negerinya Vyadhyapura
Sekarang Phumi Banam (Bumi Gunung), Phrey Veng, Vietnam

Di abad pertama itu
Subur agunglah sebuah kerajaan Melayu pertama…. di lembah Mekong
Kerajaan Mala Uirr Kambu Ja, atau Parsinya Kambujiya
Permaisurinya Soma dari turunan Nagas

Leluhurnya datang dari Ondra (sekarang Andra Pradesh)
Menelusur pinggir Himalaya
Merentas Burma ke Kambu Jiya
Permaisuranya Kaundinya darah Khastriya juga
Leluhurnya santeri menelusuri samudera
Dari Sailan ke Ujong Tana
Naik ke Langka, Ligor dan Angkor
Dewasa itu belum bernama
Akhirnya sampai ke Kambu Jiya

Keduanya marga Kambuja Indo-Irani
Memerintahlah turunannya tujuh abad

Tahun 270 masihi
Besar cita Rajanya membangun nagara adijagat
Bersama jajahannya Champa,
mengumpul tentara menyerang China di Nanjing
Banyaklah rakyat Melayu jadi korban,
Kerajaan yg kuat mundur menyuram

Tahun 375
Jadilah Kambu Jiya jajahan China
Oleh suramnya kepimpinan
Berseraklah marga Funan

Cham Champa berkuasa di Annam
Cham dan Khmer satu keturunan
Mulanya akrab berbesan semenda
Negara bersahabat saling membantu

Turunannya gilakan kuasa jagat Melayu
Menepuk dada akulah sang adi
Jadilah mereka musuh abadi
Saling meranap rampok masing negeri
Lalulah lemahlah dua negeri

———–

Dikemuncak gemilang Cham
Raja Merah Raja Che Bo Nga (Che Bunga)
Mengganas menawan Hanoi
Bukan sekali, tetapi dua
Sehingga jatuh Dinasti Ho (Dinasti Viet)
Tapi malang nasib Malayu
Menang tempur, kalah perang
Kali ketiga Che Bo Nga tumpas
Alah lah Champa pada Viet
Dikalah Le Thanh Long general bijak perkasa
Pengasas Nam Viet Dinasti Le

Mulailah Melayu dihambat ngeri
Oleh Nguyen Dinasti Le
60, 000 anak melayu disembelih orang,
60,000 lagi diseksa mati dipenjara
Yang lain Malayu (lari) keserata negeri, gunung dan pulau
Menyeberang ke Taiwan menjadi pribumi
Yang ke Hainan menjadi Utsal
Malayu (lari) lagilah anak Melayu
Cham pantai merentas gunung dan lembah
Berjalan kaki beribu kilometer menyelamat nyawa dan keturunan

Menjadi melayu Fatani, Ligor, Chih Tu, Kan To Li (Kelantan),
Trengganu dan Inderapura (Pahang)
Membawa duka nan lara
Dalam coretan cetera lisan dongengan rakyat
Hikayat Inderaputra, Mak Yong dan Puteri Mayang Mengurai

Yang tinggal amatlah aniaya
Yg islam jadi Cham bani
Islamnya tak lagi asli
Yang hindu dipanggil Balamon
Juga ada Akayat Inra Patranya
Buat penghibur duka nestapa
Anak lara kehilangan nusa

Lain Pulak kesah di Funan
Yg lemah di abad 6
Digagahi Chenla
Jajahannya yang mendesak kuasa
Melalui politik licik persemendaan

Hilanglah Funan dimukabumi, di abad ketujuh itu
Sulur Funan Ampat Negeri
Amravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga

Tegaklah Chenla dan Champa
Dua negara berjiran seketurunan
Berdarah Malayu Kambu Jiya dan Borneo
Hidup aman sementara, berbesan semenda

Lewat berrtahun kembali bertingkah arah, berpatah arang
Tengkar semenda juga ampunya angkara
Lahirlah Chenla Darat
Dan Chenla Laut

Turunan asal Funan lari ke Sumatra dan Jawa
Lahirlah pula dinasti dua berkembar,
Srivijaya dan Shailendra namanya (raja gunung)
Dua dinasti yg juga bersemenda dan saling menghormati
Dengan Sri Vijaya sebagai sang abang
Setelah seabad memperkuat negeri
Dari Jawa kembali muncul Putera Shailendra perkasa
Bersama Sri Vijaya menuntut bela menyerang Chenla Laut
Jatuh Chenla Laut menjadi jajahannya

Kerugian Chenla Keberuntungan Angkor Khmer
Lain keturunan Malayu mengisi kuasa
Membentuk Kerajaan Angkor Kambu Ja pada awal abad ke 9 (802)
Tegak kuat ia setengah Alaf
Menjangkau hingga abad ke 16

Bermula dgn Jayavarman II
Memerintah dari Tonle Sap di Dataran Mekong
Indravarman (877-889) membuat ampangan besar untuk petani
Meluas negeri ke dataran Korat, tengah Siam
Cucunya pula Yasovarman I (889-900)
Membina Empangan Agung Baray yand uwjud sampai kini
Daiknya dapat dilihat puluhan batu
Maka bebaslah sang petani tak bergantung hujan monsoon

Suryavarman II raja agung
Champa, Nam Viet , Mon dan Thai Yunnan tunduk takluknya
Lewat 1177 sejenak Angkor ditakluk Champa
Kemudian Cham diusir Jayavarman VII (1181-1218)
Memerintah ikut Budhi Mahayana
Tidak Hindu Brahmin seperti nendanya.

Pabila mangkat Jayavarman VII
Thai dibantu lasykar Kublai
Menawan Angkor 1353
Malayulah (lari) rakyat Kambu Ja ka pelusuk negeri
Meninggalkan tanah besar
Ke Ligor, Kataha, Fatani, Ujong Tana (Kelantan (Kan To Li)& Trang Ganu dan
Inra Pura (Pahang) di Tanah Melayu)
Dikejar Tamagi hingga ke hujung benua (Tanjung Piai)

Yang tinggal amatlah aniaya
Yg islam jadi Cham bani
Islamnya tak lagi asli
Yang hindu dipanggil Balamon
Juga ada Akayat Inra Patranya
Buat penghibur duka nestapa
Anak lara kehilangan nusa

Lain Pulak kesah di Funan
Yg lemah di abad 6
Digagahi Chenla
Jajahannya yang mendesak kuasa
Melalui politik licik persemendaan

Hilanglah Funan dimukabumi, di abad ketujuh itu
Sulur Funan Ampat Negeri
Amravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga

Tegaklah Chenla dan Champa
Dua negara berjiran seketurunan
Berdarah Malayu Kambu Jiya dan Borneo
Hidup aman sementara, berbesan semenda

Lewat berrtahun kembali bertingkah arah, berpatah arang
Tengkar semenda juga ampunya angkara
Lahirlah Chenla Darat
Dan Chenla Laut

Turunan asal Funan lari ke Sumatra dan Jawa
Lahirlah pula dinasti dua berkembar,
Srivijaya dan Shailendra namanya (raja gunung)
Dua dinasti yg juga bersemenda dan saling menghormati
Dengan Sri Vijaya sebagai sang abang
Setelah seabad memperkuat negeri
Dari Jawa kembali muncul Putera Shailendra perkasa
Bersama Sri Vijaya menuntut bela menyerang Chenla Laut
Jatuh Chenla Laut menjadi jajahannya

Kerugian Chenla Keberuntungan Angkor Khmer
Lain keturunan Malayu mengisi kuasa
Membentuk Kerajaan Angkor Kambu Ja pada awal abad ke 9 (802)
Tegak kuat ia setengah Alaf
Menjangkau hingga abad ke 16

Bermula dgn Jayavarman II
Memerintah dari Tonle Sap di Dataran Mekong
Indravarman (877-889) membuat ampangan besar untuk petani
Meluas negeri ke dataran Korat, tengah Siam
Cucunya pula Yasovarman I (889-900)
Membina Empangan Agung Baray yand uwjud sampai kini
Daiknya dapat dilihat puluhan batu
Maka bebaslah sang petani tak bergantung hujan monsoon

Suryavarman II raja agung
Champa, Nam Viet , Mon dan Thai Yunnan tunduk takluknya
Lewat 1177 sejenak Angkor ditakluk Champa
Kemudian Cham diusir Jayavarman VII (1181-1218)
Memerintah ikut Budhi Mahayana
Tidak Hindu Brahmin seperti nendanya.

Pabila mangkat Jayavarman VII
Thai dibantu lasykar Kublai
Menawan Angkor 1353
Malayulah (lari) rakyat Kambu Ja ka pelusuk negeri
Meninggalkan tanah besar
Ke Ligor, Kataha, Fatani, Ujong Tana (Kelantan (Kan To Li)& Trang Ganu dan
Inra Pura (Pahang) di Tanah Melayu)
Dikejar Tamagi hingga ke hujung benua (Tanjung Piai)

One Response to “Sirah Duka Anak Melayu”

  1. jegak kiran Says:

    molek sungguh tuan berhikayat seperti laksamana tuah lakunya.sukacita segala yang mendengarnya.sungguhlah melayu itu mudah lupa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: