Universiti British Al-Azhar dan misteri yang ada di dalamnya..

(Dipetik dari blog http://www.kedahcybersyburi.blogspot.com)

KENANGAN BERHARI RAYA DI BUMI ANBIYAK. SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. DI DEPAN ANA YANG SEDANG DUDUK TU USTAZ ZAHZAN, TAPI JANGAN TANYA BELIAU SIAPA DI BELAKANGNYA TU, RAHSIA !!!

Selamat Hari Raya Aidul Fitri semua, di mana sahaja antum berada, moga antum semua sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Artikel kali ini ialah yang terakhir tentang negara Arab yang sebenarnya mempunyai hubungan akrab dengan kita di Nusantara ini. Jadi sebelum kita pulang ke Nusantara untuk berhari raya, elok dulu kita singgah sebentar ke negara Mesir yang pernah suatu ketika dahulu merupakan negara yang kaya raya tetapi jatuh papa kedana selepas jatuhnya institusi pemerintahan Ahlul-Bait Syarif-Syarif Mekah dan Ahli-Bait Merong Maha Wangsa di alam Nusantara. Di bumi Arab yang bertuah ini suatu ketika dahulu pernah ditawan sebentar oleh tentera Perancis sekutu baik kerajaan Islam Turki pada tahun 1798 hingga tahun1801 masihi. Semasa bumi berkat dengan khazanah Islam tulen di rebut semula oleh Panglima-Panglima Ahlul-Bait, Turki Usmaniyyah dari tangan-tangan musuh-musuh Allah dengan bantuan armada laut British, orang Islam menjadi tenang semula dari ancaman musuh-musuh Allah ini. Manakala Raja Daerah Turki Usmaniyyah pula di pecat sebagai penjaga Ribat Barat orang-oarang Islam, kerana kecuaiannya menjaga keselamatan dan kemaslahatan orang-orang Islam di Barat wilayah Islam ini. Raja Daerah yang malang ini bernama Raja Salim III ini di ganti dengan Raja Mahmud II pada tahun 1807, untuk mengekalkan survival maruah Islam di sana. Tapi malang tidak berbau, bila takdir Allah untuk umat di akhir zaman ini tiba, apabila British yang penuh muslihat dan tipu daya itu serta dianggap kawan baik dan sekutu rapat Panglima-Panglima Turki, menjajah pula Mesir sekalipun perbagai usaha di buat untuk mempertahankannya.
Dari pengalaman British dan para Imperialis Barat yang lain, apabila menjajah kawasan dan daerah orang-orang Islam, mereka selalu mendapat tentangan dari golongan ulama. Golongan ulama ini bukan sahaja mengepalai ketumbukan tentera Islam menentang mereka semasa usaha penaklukan, malah selepas penaklukan sekalipun, contohnya Syekh Abdul Samad Palembangi, Raja Haji, Imam Bonjol Padang, Raja Alang Alauddin, Mat Sirat dan lain-lain. Malah ada sesetengah ulama ini menjadi Sultan dan raja-raja daerah di kawasan masing-masing. Ini menyebabkan musuh-musuh Allah ini menjadi gerun dan giat membangun sekolah-sekolah, kolej-kolej malahan universiti, agar umat Islam secucuk juga seia dan sekata dengan pemikiran mereka. Walaupun pelbagai usaha di buat agar golongan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Barat misalnya di buat sekolah Inggeris Free School dan Kolej Sultan Abdul Hamid, tapi masih ada lagi orang-orang Islam ini menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah agama. Untuk memecah kebuntuan permasalahan ini, mereka mesti dapat atau tidak dapat mestilah membina satu pusat pengajian Islam di negara orang-orang Islam agar agenda-agenda karut dan palsu mereka dapat di tunaikan tanpa di sedari oleh mereka. Selepas itu bolehlah mereka membuat Fakulti Pengajian Islam pula di universiti-universiti mereka Eropah dan di benua Amerika, yang kononnya berautoriti tinggi sebab mengikut Modul pengajian universiti di negara Islam tadi. Semasa penjajahan ke atas Mesir berjaya di buat, mereka mencari-cari tempat yang sesuai dan khas, untuk di guna pakai sebagai bakal mengikut telunjuk jari dan arahan Barat.
MASJID AZHAR DI TENGAH-TENGAH BANDAR KAHERAH YANG PENUH DENGAN MAKSIAT TERUTAMANYA TARIAN GELEK, TELAH DI PILIH OLEH BRITISH SEBAGAI UNIVERSITI SARANG ILMUAN BATIL MEREKA PADA TAHUN 1889 MASIHI DAN DI ANGGAP KONONNYA UNIVERSITI YANG TERTUA DAN TERULUNG DI DUNIA
Maka Masjid Azhar telah di pilih untuk menjadi markaz para ilmuan-ilmuan Orientalis Barat bersembunyi dan berkumpul, untuk menyebarkan fahaman batil mereka kepada orang-orang Islam di seluruh dunia. Manakala Muhammad Abduh ( 1849-1905 ) pula di pilih sebagai Rektornya pada tahun 1889 dengan di beri gelaran sebagai Syeikh Muhammad Abduh. Beliau yang sebelum ini pernah di tangkap dan di halau ke Beirut, rupa-rupanya dari situlah beliau dengan mudah belayar ke Perancis dan menetap di bandar Paris selama setahun. Dari Perancis beliau belayar pula ke England pada tahun 1881 dan menetap di sana sebelum akhirnya kembali ke negara Arab melalui pelabuhan Tunis di Tunisia pada tahun 1884. Beliau belayar selepas itu ke Beirut pada tahun 1888 sebelum pulang semula ke Mesir. Sejarah mencatatkan beliau di buang negeri padahal dalam tempoh BUANGAN itu, beliau berada begitu lama di negara musuh-musuh Allah berkenaan. Pada tahun 1888 beliau di jemput ke Kaherah seterusnya ke Masjid Azhar. Beliau kemudiannya di lantik sebagai Syeikh Universiti al-Azhar pada tahun 1889. Pada tahun 1892 pula beliau di lantik sebagai Ketua Hakim. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Syeikh Abduh Khairuddin. Beliau lahir pada tahun 1849 di Mahallat Nasr, Daerah Buhairah, Mesir dan sangat di sayangi dan di sanjungi di dunia Barat. Dan kononnya Syeikh Muhammad Abduh ini ialah tokoh yang membawa ” Pembaharuan Di Dalam Pendidikan Islam ” dan Universiti berkenaan serta Dunia Islam keseluruhannya. Beliau kemudiannya di angkat sebagai Tokoh Reformasi Pendidikan Islam.

MUHAMMAD ABDUH DI IKTIRAF OLEH ILMUAN BARAT SEBAGAI TOKOH REFORMASI DI DALAM PENGAJIAN ISLAM. BELIAU PENCINTA KETAMADUNAN BARAT DAN KERAP BELAYAR KESANA ATAS URUSAN-URUSAN YANG MENCURIGAKAN UMAT

Selepas Muhammad Abduh di angkat sebagai Syeikh al-Azhar, promosi palsu besar-besaran pun di jalankan ke seluruh dunia dengan kerjasama seluruh penjajah-penjajah Barat tidak terkecuali di bumi kita tercinta ini, kononnya ” Universiti ini adalah yang tertua di dunia. Marilah belajar disini, Ianya telah terlalu lama di tubuhkan iaitu pada tahun 906 masihi lagi di zaman kerajaan Mamluk. Ianya juga adalah Universiti yang tersohor dan terulung di dunia. ” Padahal pada tahun 906 ialah tarikh mula masjid itu di bina dan mempunyai Madrasah kecil serta halaqah -halaqah ilmu di dalam masjid seperti kebanyakan masjid-masjid di seluruh dunia ketika itu yang mempunyai tradisi memiliki majlis-majlis ilmu di dalamnya. Masjid Azhar ini di bina oleh Raja Muiz semasa baginda membuka bandar Kaherah pada tahun 969 masihi bersamaan dengan tahun hijrah 358 hijrah. Manakala Masjid Azhar pula di buka buat pertama kalinya pada 7 ramadhan di tahun 361 hijrah bersamaan dengan tahun 972 masihi. Universiti ciptaan British ini juga menggelap dan meminggirkan Kuliah Fadhilat yang masih lagi di ajar di Universiti Deoband, Universiti Damsyik, Universiti Faisal Abad, Universiti Reawind, Universiti Muslim Aligarh dan Lucknow di benua Keling ( Hindi ).
UNIVERSITI DEOBAND DI BENUA KELING, TEMPAT TUK KENALI MEMPELAJARI ISLAM SEBELUM MELANJUTKAN PENGAJIAN LEBIH TINGGI LAGI DI MEKAH
Universiti kesayangan musuh-musuh Allah ini juga menghina keluarga Rasul s.a.w iaitu dengan cara menggelap ilmu tentang nisab dan elaun saraan yang diberikan kepada golongan Ahlul-bait ini, yang mana golongan ahlul-Bait ini di haramkan dari menerima bantuan zakat. Semasa di adakan Seminar Pendidikan Islam di Beirut, anak-anak murid melaporkan yang beliau tidak pernah menunaikan solat walaupun peserta-peserta seminar sibuk mengerjakan solat bila mendapat kesempatan. Pensyarah-pensyarahnya pula ramai terdiri dari orang yang di ragui pegangan agama dan latar belakang mereka. Agenda mereka mudah, bila pelajar-pelajar Unversiti British al-Azhar pulang dari Mesir nanti, pemerintah sekular yang bakal merdeka nanti dan orang-orang kampung yang akan menentukan dasar nanti, bukan graduan-graduan lepasan universiti ini. Graduan-graduan ini akan mengikut sahaja sistem yang di anuti dari penjajah-penjajah Barat tanpa memberi respon dan tentangan. Universiti di bawah seliaan kerajaan Britain ini pula membuat iklan yang anak-anak kita boleh menyambung pengajian di negara Barat kerana ianya menepati modul dan disiplin ilmu yang ditetapkan sama dengan yang sedia ada di universiti ini. Oleh kerana itu ada di antara orang-orang Islam ini akan menyambung pengajian Islam di negara-negara Barat. Jika ini berlaku dan memang sudah berlaku sekarang ini, semakin mudahlah mereka akan memasukkan jarum racun berbisa mereka di dalam minda pemikiran orang-orang Islam. Selepas menjadi alat kepada musuh-musuh Allah ini, beliau pun meninggal dunia pada usia yang tidak terlalu tua di Iskandariah, Mesir ketika berusia 56 tahun di tahun 1905.


UNIVERSITI YANG MENJADI KEBANGGAAN BARAT KERANA BERJAYA MEMESONG PARA ILMUAN ISLAM DARI LANDASAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEJAK TAHUN 1889 LAGI. MODUL PENDIDIKANNYA PULA DI TERIMA PAKAI OLEH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Semasa salah seorang anak murid Tuk Kenali ingin melanjutkan pengajiannya di Universiti ciptaan Britsh ini, Tuk Kenali pernah menegurnya anak murid yang bernama Tuan Guru Osman Jalaluddin Penanti, Seberang Prai yang berdarah anak-anak Raja Daerah Selama dengan berkata : ” Man, kalau anta hendak banyak ilmu, anta hendaklah menyambungnya di Mekah, ke pusatnya. ” Hasil dari keberkatan pengajian beliau di Kota Mekah, Tuan Guru Osman Jalaluddin Penanti ( 1867-1952 ) berhasil membuka pondok pengajian yang tersohor di Malaysia yang bernama Pondok Penanti. Sekarang Pondok Penanti berada di bawah seliaan Tuan Guru Hj. Salleh Penanti yang merupa antara Syura Dakwah Tabligh Malaysia. Yang mana beliau setiap tahun menghabiskan masanya dengan mendidik umat selama 6 bulan di Malaysia dan 6 bulan di Mekah. Semasa era penjajahan British di Mesir, masjid antik Azhar telah di pilh sebagai pusat alternatif untuk pengajian agama. Ini di buat selepas pihak British mendapati ramai graduan lulusan Benua Keling India, Timur Tengah seperti Mekah, Madinah dan Yaman, juga daerah Syam khususnya Damsyik bila pulang ke tanah air menjadi kerengga yang menggigit mereka sepanjang era penjajahan Barat keatas negara orang-orang Islam . Inilah antara sebab mengapa ulama di era kolonial tahu perkara ini dan terus melarang anak-anak murid mereka membuang masa di Mesir kononnya pergi untuk menimba ilmu.

——————
KELIHATAN PEMUKA BADWI WAHABI BERGUMBIRA BILA SYEIKH-SYEIKH UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR RERJABAT TANGAN DENGAN WANITA YANG BUKAN MUHRIMNYA

Mesir dahulu yang gah dengan Raja Daerahnya yang bernama Ali Pasha sekarang menjadi negara tunggangan musuh-musuh Allah. Pada tahun 1876 Brtish yang telah berjaya menawan negara Mesir ini telah membina Panggung Wayang atau Pawagam, ia antara yang terawal di dunia. Usaha seterusnya dibuat dengan memecat raja daerahnya yang bernama Raja Abbas kerana di tuduh terlalu akrab dengan Kerjaan Turki Usmaniyyah. Tempat baginda diganti dengan Kamil dengan memakai gelaran Amir Husin Kamil tapi tidak lama kemudian memakai gelaran Sultan. Kes ini sama dengan cara percaturan Iblis British di Semenanjung Melaka, apabila Temenggung Abu Bakar memakai gelaran Maharaja Abu Bakar atas anugerah Ratu Victoria, tapi tidak lama kemudian memakai gelaran sebagai Sultan Abu Bakar. Sebelum Mesir ini di beri kemerdekaan oleh British pada 28 januari tahun 1953, mereka telah berjaya untuk menghasut rakyat Mesir agar menukar bendera mereka dari berunsur Islam kepada unsur sekular pada tahun 1922 dan kemuncaknya pada tahun 1952 British juga berjaya menghasut rakyat Mesir mengguling Raja Farouk pada 23 julai tahun 1952 iaitu setahun sebelum Mesir merdeka kononnya dari cengkaman Barat. Sebelum ini British mewar-warkan yang empayar British sudah berakhir dengan kemerdekan negara-negara jajahannya. Tetapi apa sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Ini dapat di lihat jelas dengan isu Penguncian Pintu Grill di pemakaman Nabi s.a.w dan isu fakta kelabu tentang sejarah penubuhan Universiti al-Azhar ini.

PRESIDEN ATAU SYEIKH UNIVERSITI BRITSH AL-AZHAR YANG BARU, SELEPAS TANTAWI MENINGGAL DUNIA YANG SEBELUM INI MENGELUARKAN ARAHAN PENGHARAMAN PEMAKAIAN HIJAB ATAU PURDAH DI KAMPUS AL-AZHAR. APAPULA YANG AKAN DI BUAT OLEH SI TAYIB INI, APABILA TELAH DI LANTIK MUSUH-MUSUH ISLAM INI KE JAWATAN NOMBOR SATU DI UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR INI. SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT.

——————-
Bagi pelajar-pelajar yang telah datang ke Mesir ini, semuanya di pantau oleh kerajaan British di sana, contohnya pelajar-pelajar dari Nusantara iaitu dari Malaysia. Penempatan atau asrama pelajar-pelajar ini dibina jauh dari Universiti. Apa yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan orang-orang Nusantara sahaja malah melibat seluruh dunia. Ini menyebabkan pelajar-pelajar ini sukar untuk berdampingan dengan para ilmuan kampus di sana. Menurut Dato’ Haji Abdullah dari bandar Kota Star ( Alor Star ), rumah pelajar dari Kedah, Kelantan dan Trengganu ialah rumah pelajar Malaysia yang terawal di bumi Nabi Musa ini. Menurut beliau bangunan ini di bina semenjak zaman kolonial lagi. Dan pada tahun 1978, rumah Kedah telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kedah dengan cara membeli terus bangunan berkenaan. Ini diikuti oleh kerajaan negeri Terengganu yang pada masa itu di bawah Menteri Besarnya Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad yang menjadi MB di tahun 1974-1999. Jika di Mesir, visa dan penempatan pelajar di mudahkan, agar anak jajahan mereka selesa di sana, lain pula yang berlaku di Mekah. Visa Pengajian di tutup, manakala penempatan di robohkan kepada semua orang. Sehingga orang-orang Melayu kita bersama anak-anak buah mereka terpaksa berundur sehingga ke bukit Ajyad dan membuka pusat pengajian alternatif di sana.
——————–

NAMA DAN BENDERA JUGA DI TUKAR MENGIKUT SELERA GOLONGAN KAFIR MUSUH-MUSUH ALLAH INI. DI SEBELAH KIRI INI BENDERA MESIR YANG BARU, MANAKALA YANG CANTIK DI SEBELAH KANAN IALAH BENDERA LAMA MESIR

Bukan pendidikan Islam sahaja menjadi mangsa rakus British malah nama Mesir yang termaktub di dalam al-Quran dengan perkataan Mesir juga menjadi mangsa penjajah kafir. Nama Mesir ini di tukar oleh kerajaan Britain dengan nama Egypt. Ibu negaranya Kaherah juga di tukar kepada nama baru kepada Cairo. Ini semuanya berlaku semasa penjajahan British keatas negara ini. Mesir yang suatu masa dahulu sebuah daerah yang kaya raya hasil dari gandumnya dari dataran Nil yang tersubur di dunia, sekarang merupakan antara yang termiskin di dunia selepas menandatangani perjanjian Camp David yang antaranya melarang negara ini menanam gandum dan sebagai gantinya di tukar dengan tanaman untuk binatang ternakan contohnya tanaman untuk makanan kuda dan binatang peliharaan lain. Dalam keadaan tiada mempunyai raja dan hasil utama pula seperti gandum di larang untuk di tanam, ekonomi Mesir terus merudum walaupun kerajaannya cuba memajukan bidang pelancongan dan perolehan laluan terusan Suez di kemaskinikan. Madrasah-madrasah dan pembangunan agama dan spritual di abaikan di Mesir, tapi pembangunan Universiti British al-Azhar serta bayaran gaji untuk pensyarah-pensyarah batil ini di ambil peduli, untuk terus menjadi sarang dan markaz golongan-golongan ilmuan batil. Inilah akibatnya apabila terus menjadi alat musuh-musuh Allah, keuntungan nampak kononnya akan tetapi balasan buruk dari Allah Jalla Jalalah pula yang di perolehi.


CAIRO DAN EGYPT NAMA BARU ALA BRITISH YANG SEKARANG MENJADI SIULAN DAN KEBANGAAN ORANG SEKARANG. PADAHAL NAMANYA IALAH MESIR MENEPATI NAMANYA YANG TERCATAT DI DALAM AL-QURAN

Di Kedah dan negeri di sekitar Negeri ( Semenanjung ) Melaka ini walaupun ada segelintar orang-orang Melayu yang tidak mempedulikan syor dan cadangan pihak Penjajah Inggeris untuk menghantar anak-anak mereka ke Universiti ciptaan British ini, tapi musuh-musuh Allah ini tidak berputus asa. Mereka menggunakan orang-orang besar tempatan untuk menunai dan melaksanakan agenda kotor mereka ini. Maka adik Sultan Abd Hamid iaitu Tunku Mahmud menubuhkan Maktab Mahmud guna untuk menghantar anak bangsa kita ke Mesir, bukannya ke Mekah, Madinah, Hindi, Damsyik dan Yaman. Maka arahan dikeluarkan oleh musuh-musuh Allah ini agar pelajar lulusan agama tidak di sekat melanjutkan pengajian mereka ke negara Arab, takut meraka di tuduh memusuhi agama Islam dengan syarat perlu di hantar negara Mesir di al-Azhar yang kononnya Universiti yang tertua di dunia dan tersohor di dunia, padahal baru di asas kelmarin di sebuah Madrasah di masjid lama yang bernama Masjid Azhar. Maka syarat kemasukan ke negara Arab lainnya di perketatkan dan di buat beberapa syarat yang tidak munasabah, untuk menyekat kemasukan pelajar-pelajar ke tempat tradisi umat. Contohnya di Damsyik, Syria di bawah pimpinan Hafiz al-Assad ( 1930-2000 ), dasar tutup pintu dari negara luar di amalkan dengan dasar terasnya Sosialis di amalkan. Manakala di Yaman pula pemerintahan Komunis di laksanakan, ini menyebabkan negara Yaman terbahagi kepada 2, satu Yaman Utara manakala satu lagi Yaman Selatan. Di benua Keling pula di wujudkan konflik agama antara India dan Pakistan Timur dan Barat.

ADIK KEPADA MENANTU RAJA THAI CHULALONGKORN. PENGASAS MAKTAB MAHMUD KEDAH, PLATFORM UNTUK MENGHANTAR ANAK-ANAK KITA KE UNIVERSITI BRITISH AL-AZHAR BUKAN KE UNIVERSITI DI MEKAH DAN MADINAH SELEPAS KESYAHIDAN MAHARAJA MELAYU, SULTAN SYED JAAFAR MUADZAM SHAH

Semua ini di wujudkan oleh musuh-musuh Allah ini untuk memberi laluan kepada Universiti ciptaan mereka untuk menjemput anak bangsa kita ke sana. Bandar Kaherah, tempat yang penuh dengan perangkap bising hiruk pikuk, maksiat panggung wayang terawal di dunia, tarian gelek, kepadatan manusia antara bandaraya yang terpadat di dunia dan seribu satu macam lagi perkara yang tidak sesuai untuk pembelajaran di situ. Sebab itulah kemasukan malang anak-anak bangsa kita ini ke negara Mesir di mudahkan. Sepanjang masa pelajar berada di Universiti batil ini, pengajian dan kuliah agama tidak di wajibkan. Cukuplah dengan mengambil peperiksaan setahun sekali sahaja, tanpa mengenali siapa guru-guru kuliah masing-masing. Maka berlakulah lagi kerokan pada bangsa ini apabila sistem pengajian Islamnya juga telah di rosakkan oleh musuh-musuh Allah ini. Selepas tumbangnya sistem kekhalifahan Quraisy Ahlul-Bait Merong Maha Wangsa dengan terbunuhnya Maharaja Melayu terakhir Sultan Nai Long Jaafar Muadzam Shah ( 1862-1876 ) di Gurun, Kedah pada tahun 1876 masihi, pengkhianatan keatas bangsa ini di teruskan dengan memesongkan tempat pengajian mereka pula dari Mekah dan Madinah.

Anak-anak yang tidak berdosa ini selepas sampai di Bumi Qibti ini pula, akan di beritahu yang Kuliah Pengajian tidak wajib di sini dan ketidakhadiran kesebarang pengajian tidak akan di ambil tindakan. Maka terbiarlah anak bangsa ini di bumi orang tanpa tarbiah guru-guru Mursyid selama kononnya pengajian di bumi asing ini. Maka anak-anak bangsa ini akan membuat hal masing-masing sebelum tiba hari peperiksaan. Tanpa tugasan seperti assingment, esei dan tesis, anak-anak bangsa tercinta ini di takuti, akan menhabiskan masa kepada benda yang sia-sia. Dan memang telah pun berlaku sekarang ini. Setelah pulang ke tanah air, di lantik pula oleh penjajah British menjadi Mufti, Mudir Madrasah, Ustaz-ustaz di pusat-pusat pentadbiran dan lain-lain lagi. Manakala graduan yang pulang dari Hindi ( India dan Pakistan ) dan Jazirah Arab tidak di beri perhatian, malah si laknat British ini tidak mengiktiraf pusat pengajian ini walaupun mempunyai disiplin tradisi ilmu yang tinggi sejak zaman berzaman. Maka dasar British dan penjajah-penjajah Eropah lain ini di teruskan walaupun selepas zaman kemerdekaan negara-negara jajahan ini hatta sehingga sekarang ini.

DAMSYIK ATAU DAMASCUS ADALAH KOTA YANG TERTUA DI DUNIA. IA JUGA ADALAH ANTARA TEMPAT PENGAJIAN ANTARA TERTUA DI DUNIA SELEPAS MEKAH, MADINAH DAN YAMAN

Maka berebut-berebutlah orang-orang Islam menghantar anak masing-masing ke Universiti British al-Azhar untuk belajar disana kononnya. Jika Faculty of Architacture di biarkan kuliah tidak wajib menghadiri kuliah seperti Universiti British al-Azhar nescaya banyaklah bangunan yang akan runtuh akibat pelajar-pelajar dari universiti yang tidak berkualiti ini. Bila graduan Universiti British al-Azhar ini pulang tanahair masing-masing maka berlakulah seperti yang di kehendaki oleh musuh-musuh Allah ini, majoritinya menjadi keldai, lembu dan goyyim mudah di cucuk hidungnya kemana sahaja tuannya pergi di zaman penjajahan dan selepas zaman kemerdekaan. Keruntuhan umat berlaku di mana-mana dan graduan-graduan ini pula tidak berperanan lansung seperti yang di kehendaki oleh Allah dan Rasul s.a.w. untuk membela Umat. Bila graduan-graduan Universiti selian musuh-musuh Allah ini menguasai Kementerian Pendidikan pula, dasar membela Universiti mereka yang korup dan lembab pula di jalankan. Contohnya, mana pelajar-pelajar Universiti dari Cairo, Egypt Firaun ini mendapat C, maka di beri markah B dan mana-mana pelajar yang mendapat B pula di beri markah A, kononnya PENGAJIAN DI MESIR SUSAH DAN BERKUALITI, padahal pensyarah-pensyarah kuliah mereka pun tidak di kenali oleh mereka.
VIDEO TENTANG PENGHANCURAN RUMAH NABI S.A.W. ATAS NAMA PEMBANGUNAN ILMU PENGETAHUAN. DI ATAS RUNTUHAN ARTIFAK BERNILAI RIBUAN TAHUN INI DI BINA PERPUSTAKAN BARU, PADAHAL IA BOLEH DI BINA DI TEMPAT LAIN.
Budak-budak pengajian Islam ini yang semasa di tanah air dulu kagum dengan bangsa Arab ini yang di ketahui melalui kitab-kitab bacaan dan cerita-cerita generasi dulu yang belajar di Mekah, yang orang Arab ini baik, kuat pegangan Islamnya dan berhemah tinggi terkejut dengan apa yang mereka hadapi sekarang ini di bandaraya Cairo Qibti Firaun, kerana apa yang berlaku ini adalah sebaliknya. Sudahlah masa mereka di habiskan dengan aktiviti menjual minyak dhab dan habbatus saudak , jual ikan pekasam yang dibuat sendiri dan lain-lain aktiviti perniagaan, di tubuhkan pula kelab Kembara. Ini menyebabkan pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah menyimpan semua pasport pelajar-pelajar Malaysia di pejabat Kedutaan ditakuti budak-budak ini akan melancong keseberang misalnya ke negara Itali dan negara-negara Eropah yang lain sewaktu kuliah sedang berlansung. Kelab Sukan juga di tubuhkan guna untuk budak-budak ini mengisi masa kosong mereka, contohnya di tubuhkan pasukan sepak takraw dan lain-lain. Mereka menceritakan pula selepas pulang ke tanah air, yang orang Arab ini jahat, kasar, tdak menghormati mereka disana sepanjang pengajian mereka kononnya disana. Ada pula sesetengah budak-budak pengajian Islam ini memasuki persatuan Pengakap di sana dan berbagai lagi kegiatan yang tidak ada kaitan lansung dengan kuliah pengajian agama Islam mereka disana.

Semasa rombongan kami sampai di Mesir sewaktu cuti semester Universiti kami di Jordan selam 2 minggu, mereka boleh menyamar sibuk pengajian di hadapan kami cuma 5 hari sahaja. Selepas 5 hari kami bertanya kenapa mereka, ” kenapa kamu tidak ke Universiti menghadiri kuliah sebab kami, jika tidak menghadiri lebih dari 3 hari kami boleh di ambil tindakan disiplin dengan di beri amaran. Jika perkara ponteng kuliah pengajian lebih dari 3 hari berlaku juga, pelajar itu akan di buang dari Universiti. ” Salah seorang pelajar Universiti al-Azhar memaklumkan kepada kami yang kuliah pengajian mereka di sini tidak wajib, malah untuk pergi ke kuliah dan kampus Universiti pula jauh dan memerlukan 3 buah bas untuk sampai kesana ! Bila kami bertanya kenapa tidak menyewa rumah berdekatan dengan Universiti, mereka memaklumkan yang pihak berwajib sudah menyediakan pangsapuri untuk setiap pelajar negeri masing-masing untuk menginap, contohnya pangsapuri untuk anak-anak Johor, pangsapuri untuk anak-anak Kedah dan lain-lain. Dan jarak pangsapuri atau flet untuk mereka ini memang terlalu jauh dari kampus pengajian. Jadi tidak pelik jika Universiti British al-Azhar tidak mewajibkan kehadiran kuliah kepada mereka. Jika hadir pula ke kuliah kami dapati pensyarah-pensyarahnya mengajar pula dalam bahasa Ammiah atau bahasa sayur yang tidak ada di dalam kitab bahasa Arab. Ini merupakan kesalahan di tempat kami di Jordan dan jika ada pensyarah di tempat kami menggunakan bahasa Ammiah tindakan tatatertib akan di ambil oleh pihak Dekan kerana melanggar etika dan disiplin ilmu di universiti.

SEKARANG PEMAKAIAN HIJAB ATAU PURDAH YANG MERUPAKAN PAKAIAN TETAP ISTERI-ISTERI PARA AMBIYAK, NABI S.A.W, PARA SAHABAT DAN SOLIFUSSOLIHIN SETAKAT PAGAR UNIVERSITI BRITSH INI SAHAJA. TIDAK DI BENARKAN DI DALAM KAMPUS UNIVERSITI ISLAM KONONNYA

Maka berjayalah musuh-musuh Allah ini menipu kita, yang kononnya pelajar-pelajar ini ke Mesir untuk menghabiskan pengajian dalam bidang Teoloji, Syariah dan lain-lain. Cuma Kuliah mengenai hafalan Quran sahaja pelajar-pelajar kita perlu hadir ke kuliah, sebab untuk hafalan al-Quran tidak boleh ada alasan untuk ponteng sebab ia melibatkan hafalan Quran sebanyak 30 juzuk.Kami bertanya lagi, ” Jika hendak menghadapi peperiksaan nanti macamana, jika kuliah tidak perlu di hadiri. ” Pelajar itu memaklumkan kepada kami, bila peperiksaan sudah hampir lagi 2 bulan, maka kami pun sibuk mengaji ‘ tution ‘ dengan guru-guru Pattani dan Indonesia yang sedang menggambil Master dan PHD disana. Soalan-soalan peperiksaan al-Azhar 2 atau 3 tahun yang terkebelakang juga akan di cari dan di kumpulkan untuk dikongsi bersama-sama sehinggalah tiba hari peperiksaan. Bila tiba hari peperiksaan, semasa inilah mereka habis-habisan menjawab kertas peperiksaan, bukan hasil pembelajaran dengan guru Mursyid, Zuhud lagi Karamah tapi dari guru-guru Indon, Pattani dan kertas-kertas soalan ramalan dari tahun-tahun lepas.
Ada satu kisah yang di ceritakan kepada kami tentang seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan sedang menunggu kertas soalan peperiksaan sedang di edarkan. Dia pun memberi salam kepada pengagih kertas soalan dengan berkata ” apa khabar ustaz “. Pengagih kertas soalan peperiksaan itu berkata ” saya bukan ustaz awak, ustaz awak tu nun di sana ” sambil menunjuk kelibat seorang tua di tepi pintu dewan peperiksaan di luar dewan. Pelajar itu memerhatikan dengan penuh perhatian. Memang ada di situ seorang tua yang sedang menghisap cerut batang paip yang memakai baju kot kusam dan ber ‘necktail ‘ cerah. Dia pun menggagak mungkin orang itulah pensyarahnya selama ini. Dia pun menggangkat tangan memberi isyarat salam mesra dan pensyarah itu pun menjawab isyarat salam itu dengan anggukkan mesra juga. Apa yang anda dengari tadi adalah peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku hasil dari kerjatangan musuh-musuh Allah yang telah berusaha ratusan tahun lamanya tanpa mengenal penat lelah, demi menghancurkan umat Islam tercinta. Tetapi selepas kejatuhan intitusi kekhalifahan Ahlul-Bait di Timur dan Mekah, usaha mereka bertambah mudah dan selesa. Marilah kita menginsafi diri di bulan yang mulia ini untuk bangun dan mengubah sikap dari menerima sistem dan penulisan sejarah bulat-bulat dan mentah-mentah dari Barat. Sebelum perkara ini lebih memburuk seperti penyakit barah yang secara perlahan-perlahan menghancurkan tubuh badan pesakit. Semoga paparan artikel kali ini lebih memberi pencerahan yang lebih lagi untuk kita menghadapi gelombang hidup yang penuh dengan onar sambil di pantau oleh musuh-musuh Allah ini. Sekian.

Dicatat oleh Megat al-Jefri di 02:08 7 ulasan

Sabtu, 2010 Ogos 21

SELAMAT DATANG KE ZOO NAGARA DAN PENGKHIANATAN KE ATAS MAKAM NABI S.A.W.

DI BUKIT AJYAD SATU PENEMPATAN TERBESAR ORANG-ORANG MELAYU DI MEKAH DI MANA TERDAPAT MASJID PATTANI, MASJID KEDAH DAN MASJID KELANTAN. DI BELAKANG KAMI TU MASJID KEDAH
Assalamualaikum semua, di artikel pada bulan yang mulia ini tidak terlambat untuk ana mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, di mana sahaja antum berada semoga di bulan yang berkat ini kita dapat mengubah keperibadian kita lebih elok dari bulan-bulan sebelumnya, menyerupai keperibadian nabi s.a.w. Agar Allah memberi pencerahan kepada kita tentang sejarah nusa bangsa yang telah rosak di tangan penjajah ini. Walaupun ana di beritahu ada tentangan dari setengah pihak terutamanya golongan pensyarah-pensyarah sejarah yang sudah lama di hidangkan dengan kajian-kajian palsu barat, terutamanya pensyarah yang menyamar sebagai masih anak dara, siap dengan tangan anak muridnya dan artis yang menulis padahal beliau sudah tua kerepot dan mempunyai cucu tiga orang. Tetapi perjuangan tetap diteruskan demi survival Umat Melayu Islam dan dunia amnya. Pembohongan beliau ini dengan mengerah anak-anak muridnya di kuliah menghantar puluhan malah ratusan ulasan tanpa nama untuk menunjukkan kononnya mereka berpengaruh dalam dunia penulisan blog, sebenarnya tidak memberi kesan kepada golongan Merong yang bila membuat perhimpunan pernah mencatat hingga tiga ribu orang.
——————————————–
———————
——————————————–
Malah ia mengajar pula tuan punya blog yang ia dijemput membuat artikel, cara mendapat banyak ulasan tak bernama untuk sebagai denak agar orang mengganggap artikelnya antara kononnya terbaik. Taktik kotor ini tidak dapat menyekat kemaraan golongan keluarga Merong Mahawangsa untuk terus maju membuka pekung musuh-musuh Allah di dalam penipuan sejarah mereka bukan saja di Nusantara, negara-negara Arab malah seluruh dunia amnya. Kita tidak pernah memaksa saudara mara yang hadir di perhimpunan keluarga Merong Mahawangsa ini menghantar ulasan ke blog-blog ini seperti sesetengah mokcik pensyarah siap menjanjikan markah jika anak-anak murid kuliah dan tutorialnya menghantar ulasan di artikelnya. Ini kerana ramainya penghantar ulasan bukan bukti blog kita antara yang benar, betul dan terbaik. Penipuan ini dapat dikesan bila di tinjau di tahun 2007 dan 2008 bilangan ulasan macam biasa sekitar 7 orang dan 17 orang malah sesetengah artikel mereka tiada ulasan lansung. Tapi bila mak cik sri mulut joyah tiba, rancangan untuk memaki hamun keluarga Merong Mahawangsa pun bermula dengan memperbanyakkan puluhan malah ratusan ulasan palsu di buat. Dulu mengaku Jawa dan sekarang mengaku orang Semenanjung pula. Innalillah… bawa istighfar.
SEORANG ARAB BADWI WAHABI SEDANG MENUNJUKKAN AKSI BURUKNYA DI DEPAN MASJID NABI S.A.W.

Malah pembohongannya makin terserlah bila menggandaikan di hadapan pembaca blog yang dirinya masih muda dan tidak berkedut, bila meletak gambar-gambar batil wanita muda di artikelnya untuk menyokong artikelnya yang bulat-bulat di ambil dari kajian universiti-universiti barat yang ditunjangi oleh musuh-musuh Allah. Kerja menghina, memaki hamun dan mengfitnah bukan kerja anak dara yang pemalu, tapi kerja seorang tua Joyah yang penuh dengan hasad dengki kerana tidak sama dengan kajian sejarah dongeng yang di pelajarinya dan bercanggah dengan apa yang dihidangkan dari kawan-kawannya dari kalangan sejarawan-sejarawan barat musuh-musuh Allah. Semoga Allah taala memberi hidayat kepada mereka daripada menjadi murid dan pengikut pihak barat dan alat musuh-musuh Allah berkenaan. Memang ada permintaan dari mok cik sri ini yang hendak pencen itu untuk berjumpa dengan Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim untuk mengetahui keadaan pergolakan sebenar di Indo-China atau Benua Siam dan lain-lain daerah serta wilayah tengah dan selatan Nusantara.

——————————

Tapi permintaan itu tidak dapat di penuhi kerana untuk keselamatan YTM Shah Alam Tuanku Nai Long Kasim dan keadaan baginda pula sekarang ini yang semakin uzur. Ini menyebabkan pensyarah mok cik sri ini semakin mengamuk dan memapar sifat keji beliau di setiap penulisan untuk membalas dendamnya terhadap keluarga diraja ini walaupun di BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI. Sebarang pujian dan ulasan yang baik terhadap keluarga diraja Merong Mahawangsa ini akan menimbulkan kemarahan beliau menyebabkan beliau masuk kemana-mana blog untuk memberi kutukan huduh dan memaki hamun, malah tidak cukup dengan artikelnya yang penuh kebencian terhadap golongan Ahlul-Bait ini, malah menyamar sebagai gadis muda agar pembaca blog lain tertarik dan ingin berkhayal dan berkahwin dengannya. Taktik konspirasi yang di pelajari beliau dari musuh-musuh Allah ini di gunakan sebanyak dan sehabis yang mungkin untuk memberi kepuasan nafsu amarah hasad dengki beliau. Pembaca-pembaca blog jangan risau tentang perkara ini sebab musuh ada di mana-mana malah nabi s.a.w. yang wajahnya cukup mubarak dan bercahaya pun ingin di bunuh oleh Yahudi, Munafikin dan kafir Musyrikin. Semoga Allah memberi hidayat kepada golongan yang semacam ini.

Gambar video diatas ialah memaparkan bangunan, kota-kota dan tembok lama yang penuh dengan simbol dan nilai sejarah yang tinggi di Makkah dan Madinah. Tapi kebanyakan kota-kota didalam video ini hancur punah di tangan puak Saud dan syaitan Wahabi atas arahan bos mereka yang berpusat di London, England, kononnya untuk pembangunan. Maka habislah bukti sejarah nusa bangsa terutama yang melibatkan kerajaan Syarif-Syarif Mekah Ahlu-Bait dengan kerajaan di Nusantara iaitu Kedah Tua Merong Mahawangsa. Berbagai-bagai manuskrip kedua-dua kerajaan ini juga di gelap dari sejarah dunia demi untuk menutup ketamadunan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Mahawangsa yang agung itu di Timur Jauh. Malah kewujudan empayar Kedah Tua al-Jefri juga di hilangkan dengan rapi agar orang-orang Islam tidak tahu peranan yang dimainkan oleh keluarga rasul s.a.w ini dalam pembangunan tamadun sehingga ke akhir zaman. Berbeza dengan orang-orang barat contohnya ketamadunan di Vatican dan Rome yang mempunyai puluhan muzium untuk mengabadikan kehebatan tamadun bangsa dan agama mereka. Manakala ketamadunan kota London dan eropah barat masih baru di sekitar abad ke 17 dan 18 itupun atas penjajahan, rompakan dan penjarahan keatas tanah-tanah jajahannya terutama Semenanjung Siam Malacca yang penuh keberkatan seperti Kota Mekah dan Madinah yang digelar oleh musuh-musuh Allah sebagai New Jerusalem.

CUBA ANTUM SEMUA PERHATIKAN LAMBANG SAUDI ARABIA YANG DIREKA DAN DIHIDANGKAN OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH, MENYERUPAI LAMBANG NENEK MOYANG MEREKA IAITU LANUN, PEMBUNUH ORANG-ORANG MULIA DAN PARA ANBIYAK

KELIHATAN KETUA SYAITAN WAHABI DARI KELUARGA SAUD, KING ABDULLAH SEDANG BERCIUM-CIUMAN DENGAN MUSUH ALLAH

Di bumi Madinah al-Munawwarah, musuh-musuh Allah ini telah menggunakan boneka mereka dari keluarga Saud dan syaitan Wahabi untuk membuat Gril atau Pagar Geriji dengan ketinggian sekitar 21 kaki dan DI KUNCI PINTU-PINTUNYA untuk menghalangi umat Islam masuk kedalam melihat pusara nabi s.a.w. Pagar ini asalnya di bina dengan mempunyai pintu keluar masuk pada tahun masihi 1233 atau 620 hijrah oleh Raja Zahir setinggi 10 kaki dari kayu. Ini diikuti oleh Grill dari tembaga pada tahun masihi 1484 bersamaan dengan tahun 888 hijrah oleh Raja Qayit Beg dan pada zaman Raja Sulaiman Khan dari Turki Usmaniyyah ia ditambah batu-batu mamar dan bahan-bahan lain pada masa pemerintahannya di tahun 926 hingga 948 hijrah. Tapi bila sampai zaman Raja Abd. Aziz dari puak-puak Saud semua pintu-pintu ini di tutup iaitu Pintu Kiblat yang di gelar Pintu Taubat, Pintu Barat, Pintu Timur atau di panggil orang Pintu Fatimah kerana berdekatan pada masa itu dengan rumah puteri rasul s.a.w iaitu Fatimah az-Zahra r.ha Dan akhir sekali di kunci oleh puak-puak syaitan Wahabi ini Pintu Utara yang di kenali sebagai Pintu Tahajjud.

——————

——————————

Semua orang dilarang keras memasukinya sesuai dengan kehendak musuh-musuh Allah agar melarang umat manusia dari mengamalkan sunnah nabi dan berdamping dengan makam nabi s.a.w. Malah tidak dibuka lagi sehingga sekarang walaupun untuk orang-orang tertentu dan utusan-utusan resmi kerajaan seolah-olah Nabi s.a.w. ini dan sahabat-sahabatnya seperti monyet, lontong dan kera di Zoo, di khuatiri lari dari makam-makam berkenaan. Jika di Mekah rumah-rumah mazhab dibuang dan kubah-kubah putih keliling Kaabah yang di ketuk plasternya yang asalnya berwarna kebiru-biruan, sekarang tinggal batu merah, seperti yang berlaku di Masjid Grisik dan di Kota Ayuthia. Jadi bila di bina Grill Zoo tertutup ini di Masjid Nabi di Madinah ai-Munawwarah, mereka sebenarnya berjaya menghalang umat Islam dari mendampingi pusara nabi s.a.w . Bila kita datang menziarahi makam nabi s.a.w. kita akan di halang melihat pusara baginda bila Gril Zoo ini dibina. Bila kita ingin mengintai untuk melihat makam nabi s.a.w. dengan lebih dekat melalui jeriji-jerji besi berkenaan kita akan dapati kain hitam di rentang dari dalam untuk menghalang umat dari melihat pusara kekasih Allah berkenaan. Padahal jika di Zoo jika kita mengintai di celahan Grillnya, kita akan dapat melihat monyet tersengih-sengih kepada kita tapi jika kita mengintai-ngintai di zoo ciptaan syaitan Wahabi ini di Masjid Nabawi tiada apa yang dapat kita lihat.

KELIHATAN MAKAM NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG DITANDAI DENGAN MATA DAJJAL MANAKALA DI SEBELAHNYA IALAH MAKAM ABU BAKAR AS-SIDDIQ DAN UMAR R.HUMA

Malahan di Grill Zoo Nagara di Masjid Nabawi berkenaan di letak pula mata dajjal, kononnya ini kawasan makam Nabi Muhammad s.a.w. Yang di sebelahnya pula makam Abu Bakar as-Siddiq r.hu dan akhir sekali ada penanda mata dajjal juga oleh boneka kafir ini, makam Umar al-Faruq r.hu. Seorang nenek yang bernama Hajjah Zainab pernah memberitahu semasa zaman beliau ke Mekah dahulu sekitar tahun 50an dahulu beliau dapat menziarahi makam nabi s.a.w tanpa penutup. Beliau dapat terus bermuhasabah dan mengucapkan terus salam kepada kekasih Allah berkenaan.Sejarah mencatatkan Syed Ahmad Rifae rah. ialah salah seorang sufi yang besar. Satu peristiwa yang masyhur telah dikaitkan kepadanya. Pada tahun 555 hijrah beliau menziarahi kuburan mulia di Madinah dan membacakan dua rangkapan pantun memuji nabi s.a.w. Tangan rasulullah s.a.w terhulur keluar daripada kubur dan Syed Ahmad Rifae menciumnya, sila rujuk m.s. 200 Kitab Fadhilat Selawat. Jika Grill wujud krisis untuk bersalaman dengan rasul s.a.w. akan wujud, ini yang menyebabkan si alim batil Yahudi dan Nasrani ini dari kalangan musuh-musuh Allah ini memberi arahan agar menghentikan perkara ini kepada puak syaitan Wahabi yang berpusat di Najd yang kononnya bernama Riyadh.

——————————-

Sejarah juga mencatatkan cerita dari Syeikh Abdul Nasir rah. berkata: setelah Haji aku pergi menziarahi rasul s.a.w. di Madinah. Selepas memberi salam kepada baginda aku duduk dekat makam tersebut. Tatkala itulah Syeikh Abu Bakar Diyat tiba dan memberi salam kepada nabi s.a.w. , Assalamualaika ya rasulullah. Dari dalam makam tersebut aku mendengar suara menjawab, Walaika Salam ya Abu Bakar, semua yang hadir berdekatan dengan kuburan tersebut juga mendengar jawapan ini, sila rujuk m.s. 266 kitab Fadhilat Haji dan Ziarah. Ketika Saidina Usman r.hu di kepung di dalam rumahnya oleh musuh-musuhnya, aku pergi untuk memberi salam kepada nabi s.a.w. disana. Baginda s.a.w. berkata kepadaku : Saudara yang ku kasihi, baik sekali kerana kamu telah datang. Baginda bersabda lagi kepadaku : Wahai Usman, aku lihat bahawa musuh-musuhmu telah menahan kamu didalam rumahmu dan mereka telah menyusahkan kamu dengan kedahagaan tanpa air. Aku menjawab : Benar ya Rasulullah, mereka telah melakukannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya menghulurkan setimba air yang daripadanya aku minum yang kedinginannya masih terasa antara tulang belikat dan dadaku, sila rujuk m.s. 267 Hikmah dan Fadhilat Haji, Umrah dan Ziarah. Didalam Kisah-Kisah Para Sahabat pula di m.s 254, sejarah mencatatkan kisah seorang wanita telah pergi berjumpa Aisyah r.ha dan berkata kepadanya. Bawalah saya menziarahi makam rasulullah. Oleh itu Aisyah r.ha pun membuka PINTU bilik itu. Wanita itupun pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis. Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia, sila rujuk kitab as-Syifak.


GAH, NAMPAK HEBAT PUSARA NABI S.A.W. TAPI SEKARANG SAYANG TELAH DIPAGARI DAN DI KUNCI OLEH SI SYAITAN WAHABI. TAPI YANG MANA SATU MAKAM RASUL S.A.W. ? INGAT ! JANGAN BERGADUH BAB NI. SEBAB SEMUA INI ANGKARA MUSUH-MUSUH ALLAH YANG MENGAJAR KELUARGA SAUD MENUTUP DENGAN GRILL DAN PINTUNYA DARI DIMASUKI OLEH ORANG-ORANG ISLAM

Semasa menziarahi makam nabi s.a.w. kita di galakkan menjarakkan diri lebih kurang 5 meter dari makam kuburan baginda s.a.w. Jadi bila musuh-musuh Allah telah membuat Grill siap di tutup dengan kain langsir hitam di dalamnya kononnya untuk mengelakkan berlakunya perkara khurafat. Ini memyebabkan kita susah untuk mengagak jarak yang perlu di buat seperti yang di gariskan oleh alim ulamak. Dan yang terbaru berlaku pula perselisihan di kalangan umat tentang bentuk rupa asal makam nabi s.a.w. ini di sebabkan lamanya tempoh makam nabi di sembunyikan oleh syaitan Wahabi di dalam Grill yang dikunci oleh mereka. Ada yang mengatakan bentuknya ada serban hitam di hujungnya dan ada mengatakan bukan tapi gambar yang sebenarnya ada lilin besar di tepinya. Malahan ada pula mengatakan bukan seperti itu, itu hanyalah makam raja-raja Turki Usmaniyyah di Istanbul. Malah bermacam-macam lagi telahan telah di buat dan mungkin menyebabkan pecah belah di kalangan umat.

__________————-

Jika bab pegangan mazhab dan makam telah berjaya di kacau bilau dan di putar belitkan oleh musuh-musuh Allah ini, bab sejarah tentang pemerintahan di Mekah juga telah lama di putar belit oleh mereka. Seperti peranan Ahlu-Bait di Mekah dan di Nusantara didalam memelihara kesucian agama Islam terutamanya bumi Hijaz ini telah di gelapkan dari sejarah dunia. Catatan pemerintah Ahlul-Bait Syarif-Syarif Mekah mengenai kunjungan orang-orang penting dan penempatan orang-orang besar di Kota Mekah semuanya di gelapkan oleh musuh-musuh Allah ini. Seperti catatan oleh pemerintah Syarif-Syarif Mekah tentang kunjungan Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435m ), kunjungan Raja-Raja Daerah Nusantara seperti rombongan Hang Tuah atau Tun Syaaban Ibni Almarhum Nai Hisbu Gangga Nagara dan kunjungan menuntut ilmu oleh Maharaja Melayu Sultan Syeikh Abdul Kadir Ibni Almarhum Sultan Hussein Shah Alam ( 881-904m ) di bumi yang mulia ini. Semoga pecah belah umat yang berlaku angkara puak-puak Saud dan syaitan Wahabi atas tunjuk ajar musuh-musuh Allah ini dapat di pulihkan oleh Allah Azzawajalla dengan cara kita menghayati semula sejarah yang sebenar dan dapat mengetahui apa sebenarnya berlaku dibumi suci ini dan hubung kaitnya dengan sejarah Nusantara dan dunia amnya.

Dicatat oleh Megat al-Jefri

One Response to “Universiti British Al-Azhar dan misteri yang ada di dalamnya..”

  1. Redza masari Says:

    Al-azhar boleh dikritik sbb tmpat bkn mksum spt susuk tubuh nabi…lgpun xde tmpat yg seberkat mekah, madinah Dan baitul maqdis….Tetapi al-azhar tlh mmbuktiknnya sbg gedung ilmu Dan mnhajnya moderate/wasatiyyah..ia tlh melahirkn ribuan alumni yg merangkp ulama..Dan tlh melahirkn ilmuan/graduan dlm segenp lapisan ilmu..kbnykn ilmuan yg mngajar dijordan, Syria,, mesir sendiri kbnykn drpd al-azhar bhkn al-azhar memainkn perannnya diwaktu penubuhn universiti2 Islam madinah..Dan ummuk quro mekah…serta darul ulum deoband serta nadwatul ulama Lucknow jga mnjalinkn mou( kerjasama) yg baik dgn al-azhar. .ramai lepasan darul ulum deobnd Dan Lucknow mnymbung di al-azhar…bhkn institusi pngajian di yaman bekerjasama Baik dgn al-azhar Dan menggunakn sbhgn besar silibus/muqarar/mnhaj al-azhar… Saya xlah taksub dgn al-azhar .. Al-azhar bleh dikritik secara ilmiah lbh2 lg kritikan ilmiah yg bleh mnmbh baik pengurusan al-azhar Tetapi jgnlh menghmbur fitnah yg bukan2 terhadap universiti2 al-azhar asyyarif…fitnah tersebut seakn lahir drpd org yg buta mata Dan hati…fitnh al-azhar dlm masa yv sama cbe sanjung institusi lain Timur tgh mnmbhkn lg kebodohan Dan kedangkalan yg nyata… Berhati2 dlm komentar/penulisan..jauhi fitnah…contohi mnhaj muhaddisin dlm menaqal mklumat..ingat setiap kita akn dipertnggungjwb atas apa yg dioerbuat samaada percakapan, perbuatan,penulisan bhkn yv terlintas dlm hati pun Allah tau…salam hormat dari saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: