Hotel 4 bintang di Bandar Enstek

Oleh Mohd Hamizar Hamid

 

TH Properties, Seri Pajam jalin usaha sama babitkan pelaburan RM50 juta TH Properties Sdn Bhd menjalinkan usaha sama dengan Seri Pajam Development Sdn Bhd untuk membina sebuah hotel bertaraf empat bintang di Bandar Enstek di Nilai, Negeri Sembilan membabitkan pelaburan RM50 juta. Ketua Eksekutif TH Properties, Zaharuddin Saidon, berkata hotel 400 bilik itu dijangka siap pada 2011 yang mana fasa pertama pembinaannya akan bermula Ogos ini. Katanya, pembinaan hotel itu kelak akan dapat membantu meningkatkan ekonomi di Bandar Enstek seluas 2,070 hektar berikutan lokasinya yang strategik.

 

“Dengan kedudukan hotel itu di tengah-tengah antara Terminal Penerbangan Tambang Murah LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kami menjangka kewujudan hartanah itu akan diterima baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara TH Properties dan Seri Pajam Development bagi melaksanakan projek berkenaan di Hotel Pan Pacific, Sepang, semalam. Zaharudin menandatangani bagi pihak TH Properties manakala Seri Pajam Development diwakili Pengerusinya, Ten Ah Man.

 

Ditanya mengenai cadangan pembinaan LCCT baru di Labu, Negeri Sembilan, Zaharuddin berkata, lalu lintas dari terminal berkenaan menuju ke Bandar Enstek dijangka meningkat dengan ketara. “Perkhidmatan Express Rail Link (ERL) akan melalui Bandar Enstek dan perkhidmatan pengangkutan itu akan turut menghubungkan KLIA terus ke Kuala Lumpur,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: