Tony Blair..Anda tidak dialu-alukan…

Diberitakan bahawa Tony Blair, bekas perdana menteri British telah dijemput oleh Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya pada 1 Ogos di Hotel Mandarin Oriental untuk memberikan syarahan mengenai ‘ Rule Of Law’.

Sebagai sebuah negara Islam yang pernah menjadi Pengerusi OIC dan suara kuat kepada hak dan kedudukan umat Islam (semasa dibawah Tun Dr Mahathir), kita tidak sepatutnya menjemput beliau datang ke sini apatah lagi untuk mengajar kita mengenai undang-undang.

Semua tahu bahawa Tony Blair bersama-sama sekutunya Bush bertanggungjawab ke atas kematian lebih kurang 500,000 kanak-kanak di Iraq. Perbuatan yang beliau anggap ‘satu pengorbanan yang munasabah’ itu menyebabkan ramai umat Islam terkorban semasa ‘penaklukan’ di Iraq. Layakkah dia untuk mengajar kita di sini mengenai ‘Rule of Law’?

Kerajaan sekarang dibawah pimpinan Pak Lah hendaklah tidak terlalu dayus dan penakut sehingga membiarkan perkara yang memalukan kita di mata umat Islam sedunia berlaku. Adakah tiada langsung sifat sensitiviti kita terhadap penderitaan umat Islam sedunia kini? Disebalik sesetengah negara Islam yang berusaha untuk mendakwa Tony Blair sebagai penjenayah perang, kita di sini mengambil pendekatan yang berbeza.

Di mana semangat Islam Hadhari yang digembar gembur itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: