Penguatkuasaan Hanya Di Sempadan Malaysia – Thailand sahaja?

Kerajaan telah mengumumkan larangan kepada warga asing di sempadan Malaysia untuk mengisi minyak sebagai langkah bagi membolehkan hanya rakyat Malaysia sahaja layak untuk menikmati subsidi yang telah diberikan. Langkah tersebut amat dialu-alukan memandangkan selama ini warga asing telah mengambil kesempatan daripada subsidi yang disediakan.

Walau bagaimanapun, sejak pengumuman berkenaan dibuat, berdasarkan kepada laporan di dalam media-media perdana, tumpuan penguatkuasaan hanya dilaksanakan di sekitar sempadan Malaysia – Thailand. Setiap hari kita dipaparkan bagaimana hebatnya penguatkuasaan dibuat melalui operasi bersepadu di antara Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Pengangkutan Jalan sehinggakan digambarkan bahawa operasi berkenaan telah berjaya menyekat dari warga asing untuk menikmati subsidi berkenaan dan stesen-stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand agak lengang.

Tetapi mengapa hanya di sempadan berkenaan sahaja? atau, mengapa berita hanya bertumpu di sempadan berkenaan sahaja? Kenapa tidak juga di sempadan Malaysia – Singapura? Boleh dikatakan setiap hari kenderaan asing dari Singapura telah menggunakan negara ini sebagai tempat untuk mengisi minyak.

Perbandingan yang dibuat di dalam akhbar Berita Harian hari ini memaparkan bahawa rakyat Singapura perlu membayar pada kadar RM5.07 bagi setiap liter minyak. Walau bagaimanapun jika dikira dengan menggunakan nilai matawang Singapura, rakyat Singapura sebenarnya hanya membayar pada kadar lebih kurang SGD2.10 bagi setiap liter yang diisi di negara tersebut iaitu hanya lebih 0.18 sen dari harga minyak seliter yang ditanggung oleh rakyat Malaysia dan jika dibandingkan dengan pendapatan per kapita rakyat negara itu iaitu lebih kurang $32,866.670 pada tahun 2006 di negara yang jumlah penduduknya hanya lebih kurang 4.5 juta orang, kesan kos harga minyak dinegara itu tidak terlalu dirasai. Jelas bahawa warga asing dari negara itu lebih menggunakan kesempatan daripada nilai matawang mereka untuk mengisi minyak di Malaysia iaitu hanya lebih kurang SGD0.79 bagi setiap liter minyak yang diisi di Malaysia. Murahnya! Cuba anda tinjau stesen-stesen minyak di Johor Bahru seperti di jalan Wong Ah Fook, jelas kelihatan rakyat Singapura ataupun kenderaan-kenderaan dari negara tersebut berlumba-lumba untuk mengisi minyak.

Penguatkuasa yang sama rata perlulah dilakukan oleh kerajaan di setiap sempadan Malaysia bagi memastikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adil dari segi pelasanaan, pemantauan dan lebih penting dari sudut diplomatik. Atau mungkin wujudkah satu diskriminasi? Adakah kerajaan kita takut dengan negara yang kecil di bawah itu? Atau ingin menjaga hati sahabat? Atau menjaga hati satu-satu kaum majoriti di negara itu? Perlu diingatkan bahawa ramai umat Islam yang tertindas di selatan Thailand yang mana taraf hidup mereka tidak setinggi dengan taraf hidup yang dinikmati oleh rakyat di Singapura? Perlukah juga kerajaan Malaysia melayan permintaan seperti yang dipaparkan di akhbar Berita Harian hari ini (3 Jun) seperti yang tertera di bawah:

” LARANGAN ISI MINYAK JEJAS PEKERJA KITA DI SINGAPURA – Ramai warga Malaysia patuh syarat guna kenderaan negara jiran” – Sila baca di muka surat 4 akhbar itu. Adakah untuk membela sebahagian kecil pekerja Malaysia di Singapura maka keistimewaan diberikan kepada rakyat negara itu? Bagaimana hak dan nasib rakyat Malaysia secara keseluruhan?

Oleh itu, janganlah kita hanya pandai menunjuk kuasa di sempadan utara tetapi penakut di sempadan selatan. Mungkin Datuk Shahrir Samad sebagai orang Johor lebih arif dengan keadaan ini…

6 Responses to “Penguatkuasaan Hanya Di Sempadan Malaysia – Thailand sahaja?”

  1. Ahmad Jusoh Says:

    Adakah system 3/4 tangki minyak sebelum keluar Singapura di kuat kuasakan.Setahu saya ia di lakukan secara rambang dan dari rakan2 di Johor saya di beritahu ramai kenderaan Singapura memasang alat yang menggunakan sysyem remote yang bila di aktifkan akan menunjukkan pembacaan meter minyak penuh walaupun sudah dalam keadaan reserve.Saya baru pulang dari Jusco pada 7hb June jam 2000hrs yang bersebelahan Hospital Sultan Ismail Johor,ia di penuhi oleh kereta hingga tiada tempat untuk meletak kereta.Hanya terdapat 4 buah kereta Spura.Jadi kuasa membeli raayat Johor lebih kuat dari raayat Spore,tidak seperti yang diwar warkan.Jadi apa yang na di risaukan sekira kereta Spore tidak datang.Kenapa tiada pemantauan di tambak Johor untuk memeriksa kereta Spore yang membeli bahan subsidi seperti di sempadan Siam

  2. Ahmad Jusoh Says:

    Adakah system 3/4 tangki minyak sebelum keluar Singapura di kuat kuasakan.Setahu saya ia di lakukan secara rambang dan dari rakan2 di Johor saya di beritahu ramai kenderaan Singapura memasang alat yang menggunakan system remote yang bila di aktifkan akan menunjukkan pembacaan meter minyak penuh walaupun sudah dalam keadaan reserve.Saya baru pulang dari Jusco pada 7hb June jam 2000hrs yang bersebelahan Hospital Sultan Ismail Johor,ia di penuhi oleh kereta hingga tiada tempat untuk meletak kereta.Hanya terdapat 4 buah kereta Spura.Jadi kuasa membeli raayat Johor lebih kuat dari raayat Spore,tidak seperti yang diwarwarkan.Jadi apa yang na di risaukan sekira kereta Spore tidak datang kalau setakat untuk membeli minyak saja.Kenapa tiada pemantauan di tambak Johor untuk memeriksa kereta Spore yang membeli bahan subsidi seperti di sempadan Siam

  3. Salam saudara Ahmad Jusoh,

    apa yang dikesalkan sekarang ialah tindak tanduk kepimpinan kita yang begitu menjaga hati Singapura sehingga mereka sentiasa ‘dilepas pandang’ terhadap setiap penguatkuasaan yang kononnya tegas. Hakikatnya, dapat dilihat bagaimana kerajaan singapura begitu tegas mengawal hak dan undang-undang negara mereka terhadap rakyat Malaysia yang melintasi sempadan mereka sedangkan kita agak ‘penakut’. Perasaan Singapura perlu dijaga demi untuk menjayakan Wilayah Iskandar yang mana mereka merupakan salah satu investor yang terbesar. Besar sangatkah darjat mereka itu?

  4. Malaysia hanya buat pengawalan kat Thailand kerana Thailand tak ada undang-undang macam Singapura dimana kereta plet Singapura wajib isi minyak sampai 3/4 tangki, baru boleh masuk Malaysia. Kat Thailand tak ada undang-undang macam tu sebab Bangkok terlalu jauh nak sampai sempadan Malaysia. Jadi Malaysia boleh goyang kaki sebab Singapura ada undang-undang macam tu.

  5. Kalau Thailand buat macam Singapura, Sudah pasti Malaysia tak akan mengawal sempadan lagi.

  6. Masa kes nak sekat kereta plet Sian dan Singapore tahun 2008 dari beli minyak. selalunya tak berkesan sebab ramai Orang Malaysia kerja kat Singapore beli kereta plet Singapore dan masih memegang Mykad bukannya IC Singapore, masih ada hak mengisi minyak. Ada juga beli plet Thailand sebab nak kereta Jepun murah tanpa bayar cukai import Malaysia. Kalau tunjuk Mykad pun tetap tak berhasil sebab mereka warga Malaysia. Buat macam Singapore dimana Orang Singapore, Orang Malaysia kerja di Singapore dan penduduk tetap tak boleh simpan kereta plet Malaysia di Singapore. Aku tak setuju sekat sebab masalah lain timbul dan tak efektif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: