komuniti ku…

Komuniti ku…
Ada yang ingin berkuasa,
Ada yang suka mendengar,
Ada yang mengikut saja,
Ada yang mahu katanya di dengar…
Komuniti ku…
Suka berkata mengenai yang lain,
Suka bercakap perkara tak patut,
Untuk menutup perkara dalam kain,
Supaya yang lain tidak menyebut..
Komuniti ku..
Rumah sendiri maksiat dibiar,
Rumah lain cerita di canang,
Keluarga sendiri masih terbiar,
Keluarga lain yang hendak diserang….
Komuniti ku…
Anak orang hidup berdikari,
Anak sendiri bermalas diri,
Hidup menumpang belas di hati,
Masih ingin berdengki diri…
Komuniti ku…
Tak tahu cerita pokok dan pangkal,
Sudah menelan segala airnya,
Kalau benar gunakan akal,
Tanyalah juga empunya mangsa..
Komuniti ku..
Jika mungkin ada yang berada,
Masih menetap di teratak yang sama,
Tak perlu menonjol apa yang ada,
Cukup dikongsi sesama keluarga…
Oh..Komuniti ku,
Janganlah kita memandang rendah,
Janganlah kita mengeji memuja,
Kerana hidup hanya pinjaman Allah,
Balasannya datang sekejap sahaja..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: