Susahnya orang melayu nak ucap terima kasih..

telah wujud satu sikap org yang melayu sekarang iaitu tak pandai untuk mengucapkan terima kasih…sebagai satu kaum yang amat berpegang dengan adat dan tata susila, perkara-perkara yang remeh seperti itu tidak sepatutnya timbul dalam adab seharian seseorang yang bergelar bangsa melayu…

kes 1

contoh, cuba anda pergi menjamu selera di mana-mana restoran/kedai/gerai makanan orang melayu..selepas makan, anda sudah tentu akan membayar makanan yang telah anda makan sebentar tadi…cuba perhatikan…adakah tuan kedai @ pekerja akan mengucapkan terima kasih selepas anda membayarnya?

kes 2

anda membawa 2 orang anak anda ke pusat membeli belah…kebetulan di sana ada permainan kanak-kanak (marrie- go-round) yang boleh memuatkan 3 orang kanak-kanak…anda memasukkan wang RM2 kedalam slot wang untuk mengaktifkan permainan tersebut…semasa permainan itu berpusing dengan anak-anak anda sedang seronok bermain, tiba-tiba datang satu keluarga ‘menumpang’ permainan tersebut dengan meletakkan anak mereka tanpa meminta kebenaran daripada anda…anda biarkan sahaja…selepas permainan itu berhenti, ibu bapa kepada anak itu segera mengambil anak mereka dan terus pergi tanpa mengucapkan terima kasih kepada anda…is it fair??

kes 3

anda pernah membantu jiran-jiran anda untuk melakukan beberapa perkara yang jiran anda minta untuk membantu…semasa itu, anda rapat dengan jiran-jiran anda itu…anda sanggup berdemam untuk membantu mereka…suatu hari, anda berselisih faham dengan mereka…mereka memulaukan anda…adakah mereka ingat apa kebaikan yang pernah anda lakukan? adakah mereka berterima kasih?

kes 4

anda sedang membawa kereta…dalam perjalanan, anda terpaksa melalui kesesakan lalu lintas di jalan raya dan untuk memudahkan perjalanan anda, anda mengikut lorong yang betul supaya senang untuk anda menyusur keluar dari lebuh raya untuk ke destinasi anda..semasa mengharungi kesesakan itu, satu kereta milik seorang melayu disebelah anda ingin memasuki lorong anda…anda memberhentikan atau memperlahankan kereta anda untuk memberinya laluan…adakah beliau akan mengangkat tangan tanda berterima kasih?

susahnya orang melayu nak ucap terima kasih…

4 Responses to “Susahnya orang melayu nak ucap terima kasih..”

  1. Terima kasih, Odee. Kerana menyenaraikan blog saya..

  2. terima kasih saudara tempua.. menjadi kewajipan saya untuk berkongsi pendapat saudara dan rakan-rakan yang lain agar ia menjadi rujukan kepada sesiapa yang tidak mengetahui kebenaran…insyaallah…

  3. I totally agree! Sebenarnya, dalam banyak keadaan kita melakukan banyak perkara tanpa berkira, tanpa mengharap balasan dan tanpa mengharap pujian. Sekadar ucapan ikhlas yang berbunyi TERIMA KASIH.
    Aku pernah baca satu artikel pasal 2 ucapan yang beeerat sangat bagi orang kita nak menyebutnya. Iye, Terima Kasih dan MINTA MAAF! Thanks Bro for at least reminding us🙂

  4. ..and thanks for being my friend…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: