Mengenang kredibiliti dan jasa Tun Dr. Mahathir

Seorang pemimpin yang hebat akan dikenang melalui kredibiliti dan jasa-jasanya..Untuk mengenang kembali jasa-jasa seseorang pemimpin itu, dapat kita nilaikan melalui ucapan-ucapan dan idea-idea yang telah dicurahkan untuk membangunkan sesebuah negara…Jasa-jasa seorang pemimpin akan dinilai melalui pelaksanaan yang berkesan dan bukan sekadar ucapan-ucapan yang retorik untuk kepentingan survival politik semata-mata..

Rakyat Malaysia amat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang hebat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad..Di bawah kepimpinannya, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang pesat membangun dan menjadi contoh kepada negara-negara dunia ketiga yang lain..Rakyat Malaysia semasa di bawah kepimpinannya hidup dengan makmur dan selesa. Keberaniannya dalam menyuarakan pandangan berkaitan hak-hak umat Islam telah mendapat pengiktirafan oleh masyarakat Islam sedunia. Beliau juga tidak jemu untuk meningkatkan taraf dan menaikan semangat serta kesedaran kepada orang melayu agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain. Di bawah kepimpinannya, rakyat Malaysia dipupuk supaya yakin dan bangga dengan diri sendiri dan seterusnya menjadi satu bangsa yang dihormati oleh masyarakat di seluruh dunia.

Di dalam Blog ini, saya cuba memaparkan beberapa koleksi ucapan-ucapan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu dari tahun 1981 sehingga 2003. Ucapan-ucapan yang dipilih adalah berdasarkan sumbangan-sumbangan yang ketara yang dapat dilihat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa di bawah kepimpinannya. Dengan ini, diharap kita semua terutama kepada generasi muda dapat menghargai segala idea dan jasa beliau dalam membangunkan dan meningkatkan martabat umat melayu khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

Secara alternatif, semua ucapan-ucapan beliau boleh diperolehi melalui alamat web yang berikut iaitu http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PastPM.nsf/a310590c7cafaaae48256db4001773ea?OpenView

About these ads

8 Responses to “Mengenang kredibiliti dan jasa Tun Dr. Mahathir”

  1. Tempua Says:

    Salam Odee…

    Sekarang usaha memburuk dan menenggelamkan jasa-jasa Tun sedang dijalankan dengan hebatnya. Memang pelik melihat perangai buruk pemimpin-pemimpin UMNO. Kerana nak menutup kelemahan sendiri mereka sanggup buat apa saja. Tapi saya percaya sejarah akan tetap berlaku adil kepada Tun. Sejarah tidak akan boleh diubah begitu saja.

  2. Salam saudara Tempua,

    Itulah perkara yang amat saya kecewa hari ni..jelas nampak usaha sesetengah pihak untuk menidakkan jasa-jasa Tun dan sebaliknya cuba menonjolkan jasa-jasa yang tidak seberapa pihak lain..Tidak perlulah untuk memuja-muja kepada Tun tetapi janganlah sampai tahap yang mengaibkan beliau sebagai negarawan dan nasionalis yang amat berjasa.. Tindakan pihak-pihak ini telah banyak mengecewakan majoriti generasi-generasi muda..Mungkin inilah antara satu sebab ‘silent protest’ berlaku di atas kertas undi semasa PRU yang lalu..

  3. hai maner awak tahu sumer psl mahathir????nk taw sket :)

  4. thanks for da info.. ade la jugak saye boleh salin dari sini.. ;P

  5. mana jasanya

  6. i like mahathir

  7. NUR SUHAILAH Says:

    i like tun dr, mahathir

  8. lahh , yang die g tmbahh hutang malaysia smpai 7kturunan xmmpu byar tuu msalah ape plax ? KLCC ? org kmpung pdalaman mlaysia pun xpnah smpai situu , nax ade kemajuan lahh konon . haduii , pmbaziran .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 686 other followers

%d bloggers like this: